Wednesday, April 29, 2009

Pengembaraan Papa & Gasolines ~4~

Pengembaraan gasolin dan papa 4:

Sambungan cerita------------------------------------------------------------------------------
“Bijak sungguh ayahnda ini..tidak pernah ku sangka..ayahnda memang bijaksana sekali..” Puji aku melambung-lambung macam buih-buih yang hanyut di tepi pantai.
“baru anaknda tahu yang ayahnda sememangnya bijaksana dalam hal-hal sebergini rupa?” Puji ayahnda papa mutiara emas terhadap dirinya sendiri. Seperti angkat bakul sendiri sahaja. Huh..
“wahai ayahnda papa..bila kita hendak mulakan pengembaraan kita ini..” soal aku dengan teruja.
“Rindunyer dekat semek..entah bagaimana keadaan semek sekarang?..” fikir aku sejenak.
“dulu masa dia bersama aku..dia masih kecil..sebesar telapak tangan..hehe..” ingat aku pada semek. Gambaran mengenai semek masih lagi melekat dalam fikiran aku.
“warnanya biru seperti laut..ada sayap dan sirip seperti ikan..” mata aku membulat mengenangkan semek.
“eee..commelnyer...”
“rasa macam nak cubit-cubit saja..”
“rasa macam nak penyet-penyet saja..”
“sebab semek comel sangat..”
“dulu aku jumpa dia dekat hutan..”
“kesian semek..sebab lapar..”
“terkial-kial dia melepaskan diri dari sarang labah-labah..sarang itu tersangkut pada kaki semek..”
“mujur labah-labah tiada..kalau tidak..”
“mesti semek dah kena makan dekat labah-labah yang giginya ganas seperti kaktus yang ada di gurun sahara..” ingat aku lagi sewaktu pertama kali menjumpai semek.
“masa itu aku panggil dia kenet..sebab dia kecik..cenonet je...hehee” aku sengih sendirian. Sementara menunggu ayahnda papa mutiara emas mengemas-ngemas peralatan untuk pergi mengembara.
“lamanya ayahnda papa ni..” getus aku sambil bermain-main dengan tongkat sakti kesayangan.
“isk..terlupa pula aku dengan lalat dan kodok..apa mereka buat entah...”
“tiba-tiba aku teringatkan lalat perut gergasi dengan kodok Df yang suka macam badut tu..hahaha..”
Aku memusing-musingkan tongkat sakti dengan perlahan sehingga mewujudkan cahaya sedikit demi sedikit sehingga mengembang dan memusar membentuk gelombang lalu sedikit-demi sedikit gambaran keadaan taman larangan kayangan muncul.
“isk..mana lalat dengan kodok!!!!!” soal aku. Terbeliak mata aku mencari-cari kelibat lalat dan kodok..
“di mana mereka..isk tidak boleh jadi ni..” memanjang tengkok aku. Lalu aku membuka luas laluan azimat itu. Aku cuba jenguk ke dalam gelombang azimat.
“uih..habis muka aku..” tiba-tiba asap berkumpul dimuka.
“eeee...”aku mengusap-ngusap muka dengan deras..merah muka aku mengingatkan lalat dan kodok..
“siap kau lalat..eee...”
“hah..nasib kau kemas taman ini..”
“lega sedikit..” aku mengusap peluh yang tiba-tiba berembun di dahi.
“kalau tidak aku sumpah kau jadi batu lagi sekali..”
“huh..mana lalat ni..entah-entah lalat ditelan kodok..atau kodok ditarah oleh lalat..”
“erm..malas nak layan..biarlah mereka..”
Aku keluar dari gelombang sakti.
“Nasib gelombang sakti ini ada.”
“ Boleh aku menjenguk mereka yang sedang tertewas di dalam taman larangan kayangan tadi.”
“kenapa lambat benar ayahnda ini bersiap..takkan hendak bawa semua perkakasan untuk pergi mengembara.” Berkerut-kerut dahi aku.
Pap..!! aku menepuk dahi..
Pap..!! aku menepuk dahi sekali lagi..
Terlopong melihat ayahnda papa melenggang bersahaja menuju ke arah aku.
“aik..ayahnda..mana barang-barang yang ayahnda bawa..”
“barang..?” soal ayahnda papa.
“iya..barang..mana?” soal aku lagi.
“ada..” selamber ayahnda papa jawab.
“ada?” soal aku dengan teruja. Membayangkan barang yang akan dibawa seperti gunung.
“di mana?” soal aku lagi.
“di dalam ..” ayahnda papa menunjuk-nunjuk ke dalam poket.
“hah!!!!” aku terkejut.
“iya..di dalam ini..”
“adui..pening..pening...mana ada barang dalam itu ayahnda!!!” soal aku lagi dengan nada yang terkejut.
“ada..cuba tengok betul-betul..”
“dah tengok..mana ada..”
“cuba masukkan tangan ke dalam poket ini..” arah ayahnda papa mutiara emas.
“baiklah...” dengan pantas aku memasukkan tangan ke dalam poket baju ayahnda papa.
“hah..” terkejut aku. Seolah-olah aku merasai sesuatu. Aku tarik ia keluar.
“wah..!!!!”
“kan ayahnda sudah kata..” ayahnda papa menaik-naikkan kening dan senyum.
“bagaimana ayahnda lakukan?..”
“selama ini tidak pernah ajar anakndapun...”
“kedekut ilmu sungguh ayahnda papa ini..”
“eee...kedekut..” aku menatap wajah ayahnda..lalu ayahnda papa ketawa.
“ayahnda!!!”
“jawablah..”
“adalah..rahsia..” aku bagi balik kemah yang di bawa keluar dari poket ayahnda papa kepadanya. Ayahnda sengeh sehingga ke telinga. Kemah sebesar rumah itu di masukkan balik ke dalam poket sebesar tapak tangan.
“isk..musykil sungguh..”
“ini lah poket sakti..”
“poket sakti?”
“macam pernah dengar nama itu...” fikir aku lagi.
“bukankah poket itu hanya dimiliki oleh doraemon...??” soal aku.
“isk mana ada..doraemon itu yang pinjam dari ayahnda..” jawab ayahnda dengan bersungguh-sungguh.
“iya ayahnda?” soal aku dengan teruja.
“tapi...” fikir aku.
“takleh percaya sungguh dengan ayahnda ni..hehe..” aku gelak sambil berfikir.
“ok jugak..” lalu aku teringat dengan sesuatu.
“ok jugak?” soal ayahnda sambil berfikir. Menyoal aku. Tetapi..
“kejap ayahnda..anaknda lupa dengan satu perkara..sebentar ye ayahnda..”
“ok..sebentar sahaja ye..” laung ayahnda..
“ok..sep!!!”
Tiba-tiba....
“nah ayahnda papa..” aku memasukkan 2 anak patung kegemaran aku yang diberi nama Mr Teddy and Mrs Tedy ke dalam poket ayahnda.
“hah...anak patung?” terkejut ayahnda melihat aku memboyot dengan dua anak beruang yang aku suka. aku sengih..
“nasib poket papa ini boleh isi barang-barang tanpa limit..kalau tidak..pasti papa kena bawa kapal terbang..hahaa” gurau ayahnda.
“alright ayahnda..jom..kita mulakan pengembaraan ini dengan segera..”
“di mana kita hendak mula wahai anaknda..”
“kita mulakanlah dengan pintu masuk ke laut tu wahai ayahnda papa..”
Lalu kami anak beranak menuju masuk ke dalam pintu yang direka khas untuk laluan ke laut.

---------------------------------bersambung....

Wednesday, April 15, 2009

Pengembaraan Papa & Gasolines ~3~

Lalalalala...gasolin melangkah masuk ke istana kristal negara kayangan. Lantainya berkilat seperti cermin. Di bawah lantai pula ada air yang sedang mengalir. Aku suka sangat tengok air yang sedang mengalir di bawah cermin. Gasolin bermain-main dengan lantai istana kristal yang dibina dari gentian kaca dan permata. Tiang istana pula diselaputi emas dan perak. Macam teguhnya cinta papa mutiara emas dan mama mutiara perak.
“gasolin!!!” laung papa mutiara emas memanggil gasolin dari singgah sana. Ayahnda papa mutiara emas masih berada di singgah sana sambil menghulurkan tangannya. Gasolin menyambut tangan ayahnda papa mutiara emas.
“ye ayahnda papa...ada apa?” soal gasolin lembut. ceh! Terasa ayula plak aku ni. Gasolin mendekati papa mutiara emas. Gasolin duduk bertimpuh di sebelah singgah sana tempat ayahnda mutiara emas berada.
“dari mana anak papa ni?..lama papa tak nampak...??” soal papa mutiara emas dengan lembut. menampakkan ciri-ciri kebapaan, keayahan, dan ke-ke-ke..hurm hik-hik-hik..meleret plak aku ni.
“urm...ayahnda papa...” gasolin melihat papa mutiara emas, sambil bermain-main tongkat sakti yang berada ditangannya.
“ye..apa dia anaknda gasolin..ayahnda papa dengar ni..” papa mutiara emas menggosok-gosok dan membelai-belai kepala puterinya dengan manja.
“erm-macam ni......macam ni ayahnda papa....” gasolin masih bermain-main dengan tongkat saktinya itu.
“macam ni apa?” soal ayahnda papa mutiara emas.
“erm..ayahnda pernah dengar tak...erm ingat tak...pasal semek. ?” soal gasolin dengan amat teruja sekali.
“semek..” tegas gasolin lagi. gasolin berdiri di belakang papa mutiara emas. Lalu berlari anak ke hadapan papa mutiara emas. Tangan kanan papa mutiara emas mengusap-usap dagunya. Macamlah ada janggut papa ni.
“semek, seeokor dinasor yang gasolin pelihara dulu...” cerita gasolin untuk mengembalikan memori papa mutiara emas terhadap seekor dinosor peliharaannya suatu ketika dahulu.
“erm..haar..lama tak dengar berita semek..semek kemana ye wahai anaknda puteri ayahnda?” gusar papa mutiara emas.
“ayahnda...kan semek jatuh ke dalam laut..laut telan semek...ayahnda tak ingat??” soal gasolin lagi. gasolin mula menampakkan muka kesian di hadapan ayahnda papa mutiara emas.
“haar-“ papa mutiara emas bingkas bangun. Lalu mundar mandir di ruangan singgah sana dalam istana kristal itu. Berkilat-kilat dan bersinar-sinar sahaja singgah sana yang di duduki oleh ayahnda papa mutiara emas.
“ganas sungguh laut itu ye...bertapa tidak berperikelautan laut itu ye...kejam sungguh..” papa mutiara emas masih tercegat di situ. Lalu melangkah ke singgah sana kembali. Papa mutiara emas seperti berfikir. Mungkin berfikir tentang semek atau tentang laut yang kejam itu.
“ye..laut itu kejam...sampai hati laut telan semek..” bebel gasolin. Bebelan itu didengari papa mutiara emas. Lalu...
“hurm...apa kata kita cari semek wahai ayanda papa mutiara emas kesayangan gasolin..” pujuk gasolin manja. Hik-hik..macamlah ramai sangat papa aku yang ada. Papa mutiara emas tersenyum. Macam ada saja pelanning dalam benak fikir ayahnda papa mutiara emas.
“hurm..” papa mutiara emas berfikir. Sebelah Kakinya di angkat dan diletakkan di atas kerusi perak bertatahkan permata berlian. Rasa macam nak ambil dan buat rantai je kan-kan-kan. Membazir je buat kerusi. Kan bagus jangan membazir. Membazir itu amalan syaitan. Tak bagus untuk kesihatan. Isk-isk-isk-kesitu pulak dah aku ni. Uhuuuu.
“bolehlah ayahnda papa..” rengek gasolin memujuk.
“hurm...” ayahnda papa mutiara emas masih berfikir.
“hurm-hurm-hurm...ayahnda nikan lengahkan masa gasolin je. Baik gasolin pergi bersendirian.” Rajuk gasolin.
“eh..anak ayahnda ni..merajuk pula..ayahnda sedang berfikir bagaimana nak cari semek tu. Lautkan luas. Dalamnya tidak terduga-duga. Jangan di duga laut yang dalam kalau kail panjang sejengkal” ujar ayahnda mutiara emas. Tiba-tiba ayahnda mutiara emas mengambil sehelai daun di dalam cengkerang mutiara yang lebarnya seperti kertas majung yang harganya 1.00 ringgit malaysia iaitu sebuah negara yang ada di bumi.
Gasolinpun mengamati bersungguh-sungguh. Daun yang di gulung itu di buka luas-luas. Gasolinpun dengan segala hormatnya melihat dan memerhatikan apa isi di dada sehelai daun yang besar itu.
“ceh-tipah masih tertipu..” getus gasolin sendirian
“ayahnda!..apa yang ayahnda papa maksudnkan dengan daun yang beasr bergini. Lepas tu takde apa-apa sebarang tulisan dia atasnya?” soal gasolin bertalu-talu. Gasolin memeluk dan menyilang kedua belah lengannya. Wajah gasolin berubah menjadi cuka getah. Adui cukagetah pulak. Silap. Wajah gasolin mencuka.
“anaknda...mari sini..lihat apa yang ayanhda mahu tunjukkan..” pujuk ayahnda papa mutiara emas. Sambil menabur kelip-kelip cahaya ke atas daun itu.
“wah..hebatnya ayahnda..” tiba-tiba sebuah peta muncul seperti landskap yang dibina oleh arkitek ladskap. Hebat-hebat. Tak pernah orang buat nih. Ayahnda papa mutiara saja yang pandai melakukannya. Gasolin merenggangkan lengannya lalu menepuk-nepuk dengan laju sambil menyaksikan peta itu timbul dan grow up perlahan-lahan di atas perut daun itu.
“huhu..tengok kakilah...” lagak papa mutiara emas. Mula dah nak tinggikan hidungnya yang dah sedia tinggi tuh.
“tengok kaki ayahnda?” gasolin tunduk dan melihat kaki ayahndanya.
“ergh...” gasolin hampir pengsan.
“dah berapa tahun ayahnda tak basuk kaki agaknya”.fikir gasolin. Lalu berlalu dari situ. Siapa suruh tengok kaki ayahnda kan dah kena..waaa!!!!
“hihihi...” papa mutiara emas ketawa.
“siapa suruh tengok kaki ayahnda?” soal ayahnda
“ayahndalah...” jawab gasolin.
“itu perumpamaanla-tulah lain kali belajar-hari tu ayahnda bagi kitab hikayat panglipur lara putera nusantara tak baca..” cebik papa mutiara emas.
“bukan taknak baca ayahnda-tak fahamlah bahasa yang digunakan-kenapa ayahnda tak ganti saja bahasa itu kepada bahasa kayangan?” soal gasolin kembali.
“bukan ayahnda tak mahu ganti..sebenarnya ayahndapun tak faham bahasa mereka”..jelas papa mutiara emas.
“cis! Ayahnda memang-tak boleh dipercayai..” getus jiwa lara gasolin. Melara-lara aku dibuatnya sekiranya terus bercakap dengan ayahnda papa mutiara emas.
“apa maksud peta itu wahai ayahnda, cubalah terangkan, anaknda ni buta baca peta..ayahndakan seorang arkitek..”
“baiklah anaknda gasolin..m..macam ni..peta ini adalah peta bangunan istana kristal yang ayahnda hendak tunjukkan..”sambil menunjuk-nunjuk pelan istana itu.
“ayahnda! Tengok main-main lagi” gasolin merajuk.
“dengarlah dulu ayahnda cakap wahai puteri ayahnda..”
“di dalam istana kristal ni ada jalan shot cut nak ke laut, kita boleh cari semek dengan mudah” jelas papa mutiara emas lagi dengan bersemangat.

Pengembaraan Papa & Gasolines ~2~

“hutan mana?!” tegas gasolin. Sampai terpelanting lalat. Bergolek-golek lalat atas tanah.
“adeiii....sakitnyer kepala aku”.rengek lalat.
“aku dari hutan belantara belakang taman kayangan ni!” jerit lalat.
“kau menjerit lalat, kang aku pijak kang...berani kau..” gertak gasolin.
“maafkan aku wahai puteri kayangan, aku tak sengaja lalu dan masuk ke sini, aku lapar. Tadi tak sengaja aku terbau buah pear. Aku dah lama tak makan buah tu. Baunya manis sangat...” perut lalat mula berbunyi. mata lalat mula berair. Sambil melutut memohon dia di maafkan. Kalau-kalau dapat sebijik buah pear untuk di makan.
“hurm....” gasolin berfikir sejenak. Sesekali ada sesuatu yang sedang difikirkan untuk mengenakan lalat.
“ok..baiklah..kalau kamu benar-benar mahukan buah pear tu..kamu boleh makan, tapi dengan syarat...” gasolin memusing-musingkan tongkat saktinya. Matanya berkerut-kerut melihat lalat dengan tajam.
“apa syaratnya wahai puteri kayangan yang cantik jelita” puji lalat kepada gasolin. Tak sangka pula pujian lalat boleh membuatkan gasolin senyum sehingga ke telinga.
“wah..cantik dan jelita ke aku ni..????” persoalan itu timbul dengan tiba-tiba di dalam benaknya. tersenyum-senyum, tersengeh-sengeh gasolin sendirian.
“wah hebatnya....aku memang cantik kalau tak aku takkan jadi puteri kayangan, dan kalau tak aku bukan anak mama mutiara perak dan papa mutiara emas..ceh!” gasolin masih memikirkan tentang kecantikan. Dia memusing-musingkan badannya lalu kakinya terangkat dan terapung ke udara.
“hah! Lalat!” tiba-tiba gasolin teringatkan lalat.
“lalat dah tak ada..cis! hempeh ko lalat, baru aku nak kenakan dia...dia dah lari plak..isk-isk-isk..” Gasolin mengeleng-gelengkan kepalanya. Sambil menari-nari meninggalkan tempat itu.
Zreeeeaaak! Zraaapp! Langkah tariannya mula tersentak kerana terkejut. Kakinya bersilang lalu terjatuh ke bawah tanah.
“ee..jatuh lagi...sakit punggung aku tau tak..” punggung gasolin menghempap tanah taman larangan kayangan.
“bunyi apa tadi hah?..” fikir gasolin sendirian. Dia masih tercari-cari bunyi yang menyakitkan telinganya itu. Gasolin terus mengibas-ngibaskan sayapnya dengan kencang. Gasolin terbang mengelilingi taman larangan. Mukanya berkerut lagi. Tangannya mengepal tongkat sakti dengan kemas. Gasolin berpaling ke kiri dan ke kanan.
Zreeeekkkk! Zreaaaakkk! Bunyi itu semakin kuat didengari oleh gasolin. Cepat-cepat gasolin terbang ke arah bunyi-bunyian yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi itu.
“Wah! Habis buah pear dia telan....gilanyer lalat!” Terbeliak mata gasolin melihat semua buah pear di taman larangan ditelan oleh seekor lalat. Tragisnya peristiwa pada hari itu. Ganas sungguh lalat.
“Nampak saja kecil tapi nafsu makan macam gergasi, bukan sebatang pokok dia tarah semua buah pear tapi..isk semua...satu taman..kurang asam jawa betul nih” getus hati gasolin. Matanya masih mencari kelibat lalat. Sedar-tidak sedar ada sebatang pokok bergoyang. Habis daun pokok buah pear luruh. Gasolin berkejaran mendapatkan pokok tadi.
“ya..wacha! cis kau lalat!” jerkah gasolin setelah melihat kelibat lalat. Terperanjat lalat. Sambil memegang buah pear. Lalat terus berhenti dari terus menghabiskan sisa-sisa buah pear yang telah dia tarah menjadi separuh itu.
“heheheh..” lalat ketawa. Sambil menampakkan giginya yang tajam-tajam berseranggah macam pagar besi yang buruk. Sayap lalat itu mula bergerak-gerak laju. Dia hendak melarikan diri. Tetapi sempat gasolin menukarkan lalat menjadi batu. Lalu batu itu terjatuh di atas tanah. Keletak!keletuk! teing!ting!...lalat yang bertukar menjadi batu itu jatuh ke tanah , melenting-lenting. Gasolin mengejar batu itu. Sempat gasolin menangkap batu tersebut.
“habislah buah pear dalam taman larangan ni, kalau mama mutiara perak tahu, nahas aku dikerjakan olehnya...mama mutiara perak suka makan buah ni...” fikir gasolin bersendirian sambil matanya menangkap lalat yang ditukar menjadi batu sebentar tadi.
“wah..teringatkan mama mutiara perak, dia seorang mama mutiara perak yang cantik.. lemah lembut orangnya, tapi kalau dia marah..silap-silap.... bisu aku di buatnya. Adesh! Tragis sungguh sewaktu kena marah. Tapi aku tak pernah bisu lagi. Sebab tu aku selalu buat hal. Isk-isk-isk...lagipun aku mana ada kawan kat kayangan. Nak harapkan hud-hud, dyang, haifa, dan sizukas semuanya belagak seperti seorang puteri. Erm..memang mereka semua puteri. Cuma aku je perangai macam putera. Ceh! Bukanla tomboy. Tapi kasar sikitla..nampak je lembut. Ganas ni. Ahahahaa...gasolin ketawa. Hurm rindunya dekat semek. Mana agaknya semek pergi. Selepas semek tercampak ke dalam laut 100 tahun yang lepas. Akibat angin monsun barat daya di bumi yang bertiup sangat kencang. Nasib baik aku tak tercampak sekali. Mesti aku dah tak boleh main kat taman larangan ni lagi. Kesian semek. Mesti semek dah besar. Mesti semek dah ada keluarga. Atau..mungkin semek dah mati...TIDAK!!!!!!!!!!!!!!! gasolin menjerit.
“eee...geram tollah aku ngan lalat ni...kan aku dah marah ni” marah gasolin pada lalat itu.
“ha! Padan muka..kan dah jadi batu...sape suruh kamu telan semua buah pear kat taman larangan ni..kamu tak takut ke ngan aku ni...ko tak nampak aku dah marah macam seekor naga api..hah?!” jerkah gasolin lagi. Mentang-mentang berada di taman larangan, aku bermaharajalela dan berlagak seperti tuan tanah.
“mmhufufufhehehfifitata..” suara lalat itu dari dalam batu kedengaran oleh gasolin.
“apa!” soal gasolin. Cuping telinganya mendekati seketul batu itu.
“fufuhahayayapipi” suara itu kedengaran lagi.
“weh! Aku tak faham lah...ko takde bahasa kayangan ke?!..tak reti cakap ke?!” soal gasolin bertubi-tubi.
“uweeeeeeeeeeekkkkhuk-huk-huk” suara dari dalam batu menjadi semakin perlahan.
“huh...dah mati ke batu ni...???” gasolin mengambil batu sambil membuat eksperimen. Di ketuk-ketuknya batu itu ke atas batu yang lain.
“ hurm..lebih baik aku tukarkan batu ni jadi lalat balik...mesti dia nak bagitahu sesuatu..” fikir gasolin.
TING! Gasolin mengangkat tongkat saktinya. Tongkat saktinya mengeluarkan api dan cahaya kebiruan. Cahaya itu mengelilingi batu itu..lalu menukarkan batu itu menjadi seekor lalat.
“aaa...cummm!” lalat itu bersin kerana bau asap yang keluar dari cahaya tongkat sakti itu persis bau bunga api. Akibat bersin dengan kuat lalat terpelanting ke celah-celah batu di tepi kolam air tejun pari-pari tempat adanya si DF seekor kodok yang gedik dan gatal itu. Kodokk DF tu tak habis-habis nak ganggu puteri sizukas. Kasihan puteri sizukas. Kalau barang permainannya jatuh ke dalam kolam itu mesti kodokk DF ambil dan buat harta. Memang nak kena kodok DF ni.” Marah gasolin lagi.
Pluppp!! Lidah yang panjang sejengkal terbit dari mulut seekor kodok menangkap seekor lalat yang berada di celah-celah batu berhampiran kolam tempat dia bermastautin.
“hoi! Kodok!” jerkah gasolin lagi...
“eee..geram aku tau ngan ko ni..sesuka hati je makan menatang yang tak boleh dimakan..merbahaya untuk kesihatan tahu tak...boleh dijangkiti taun tahu tak?!” ulas gasolin seperti Dokter kepada kodok.
“plup..” tidak semena-mena lidah kodok itu keluar dari mulutnya. Lalu meludah-ludah. Seekor lalat itu jatuh lagi ke atas tanah. Habis basah badan lalat yang kecil itu.
Klup..guk-guk..kodok menarik lidahnya ke dalam mulut. Lalu menelan-nelan air lurnya kerana terasa takut dengan penjelasan dari gasolin.
“ha..tahu tak apa..lain kali jangan main telan je makanan yang lalu kat depan..baca bismillah dulu..pastu telan..” ujar gasolin panjang.
Hah..bismillahirrohmanirohim...kodok membaca ayat suci itu sambil memejam mata..
“ko baca bismillah nak buat apa?” tanya gasolin kehairanan.
“aku baca bismillah sebab aku nak makan lalat tadi..” jelas kodok.
“isk..kan aku dah kata lalat tak boleh di makan...nanti kena taun..tak reti-reti ke?” jelas gasolin. Mahu rasanya nak menjerit. Aku penyet perut kodok ni kang baru tahu.
“ooooo..ok...aku tak makan..tapi aku nak telan je..” beritahu kodok lagi.
“eee...geram lah aku..dulu aku suruh ko pergi sekolah belajar dengan tok guru cendawan merah bintik hitam ko tak mahu..aku jugak yang pening sekarang ni tau tak kodok!” gasolin terus mengangkat tongkat saktinya dan membelit lidah katak.
“padan muka..sape suruh degil sangat..hahahaa!” gelak gasolin.
“hey lalat..apa kau mahu cakap tadi?” gasolin berpaling muka ke arah lalat tadi.
“kau masih berdegil lalat?” soal gasolin tegas.
“sseessory tuan puteri...aku betul-betul lapar...dah 50 tahun aku tak makan sebab tu aku makan semua buah pear dalam taman larangan ini” jelas lalat.
“kenapa sampai 50 tahun tak makan? Gila ka apa kau!” gasolin kehairanan.
“sungguh aku tak tipu...aku terperangkap dalam perangkap yang dibuat oleh labah-labah di dalam hutan itu..masa tu masih kecil..tetapi labah-labah tu tak makan aku..tu yang aku pelik..” jelas lalat lagi kepada gasolin.
“aku tahu kenapa labah-labah tak makan kau..” gasolin cuba meneka.
“hah! Kenapa?” soal lalat dengan amat teruja sekali.
“hahaha..kau mesti tak mandi..kau busuk sebab tu dia tak lalu nak makan kau...hahaha” gasolin sambung ketawa. Muka lalat poyo je kat tepi batu tu. Kodok pun turut sambung ketawa mengekeh-ngekeh, terguling-guling di atas batu. Lalu plup!! jatuh ke dalam kolam.
“hahahaa!” gasolin semakin ketawa. Geli hati melihat keletah kodok yang bodoh itu. Lalatpun sambung gelak. Terguling-guling dia gelakkan kodok. Suka sangat nampak.
“hey lalat..amboi..dah makan buah pear dalam taman larangan aku...ko leh gelakla..” tersipu-sipu lalat tunduk malu.
“hurm..aku nak denda kau ni lalat...sesuka hati je ye makan buah macam perut gergasilah ko ni lalat..” perli gasolin pada lalat. Merah padam muka lalat sehingga badnnya yang kehijuan bertukar kemerah-merahan, menahan malulah tu konon.
“hik-hik-hik...” gelak lalat.
“ha! Gelak-gelak...aku denda kau bersihkan semua taman, dan..aku larang kau jamah makanan kat dalam ni selagi aku tak nampak kau habiskan kerja-kerja kau..walaupun aku tak ada di depan mata..aku boleh lihat kau melalui gelombang azimat aku..kau takut tak lalat?!” ujar gasolin sambil mengugut-ugut si lalat perut gergasi itu.
“aku nak balik ke istana...kau lalat jangan lupa, nanti aku datang balik sini esok..tak siap-siap lagi kau bersih taman ni..siap kau..aku tukar kau jadi batu balik..nak?” ugut gasolin. Lalat dengan takut menggeleng-gelengkan kepalanya.
“ha!kau pula kodok..jangan nak telan atau makan si lalat ni plak..kalau tidak aku tukarkan kau katak jadi katak salai..lepas tu aku hantar jenazah kau ke tempat yang sepatutnya kau berada..hehehe..kolam buaya..nak tak??” ugut gasolin pada kodok. Kodok juga menggeleng-gelengkan kepalanya. Nampak macam budak baik pulak mereka berdua ni. Takpe..kalau tak buat macam ni..ranap taman larangan kayangan. Aku jugak yang kena..ok, kita tengok siapa yang kena...mowwwww....

Pengembaraan Papa & Gasolines ~1~

Pada suatu ketika dahulu terdapat lima orang anak gadis bernama gasolin, hud-hud, dyang, sizukas dan haifai yang tinggal di sebuah negara kayangan. Mereka adalah merupakan anak-anak gadis papa mutiara emas dan mama mutiara perak yang tinggal di suatu tempat yang cantik, dikelilingi dengan bunga-bungaan, dikelilingi rama-rama dan kupu-kupu, negeri itu seperti sebuah taman yang indah dan tempatnya memang cantik, tamannya pula dihiasi dengan sungai dan air terjun, ada juga kolam air panas kesukaan papa mutiara emas, yang paling menarik haiwan-haiwan di sana juga boleh bertutur. indahnya suasana di sana. Tak terungkap dengan kata-kata. Cuma melalui sepasang mata dapat menyaksikan keindahan dan kecantikan yang terdapat di sana, di saksikan pula oleh perasaan yang penuh dengan kecintaan dan keamanan serta kesejahteraan.
Aku gasolin (puteri kayangan biru) memang seorang puteri kayangan yang paling nakal berbanding puteri-pueri yang lain. Tapi aku rasa merekapun puteri-puteri yang nakal sebab mereka suka buli DF iaitu seekor kodok yang berada di tepi kolam taman permainan kayangan.
“Hurm...indahnya” aku memeluk tongkat saktiku sambil menghirup udara yang nyaman dan sejuk di sekitar taman larangan di negara kayangan. Lalu sepasang kaki bergerak-gerak menari di atas udara. Aku pejam mata aku dengan rapat.
Dummmm!!! Bunyi dentuman yang kuat menghasilkan gegaran di sebatang pokok buah pear yang terdapat di dalam taman larangan itu.
Bek! Bunyi sesuatu yang berat jatuh ke atas tanah.
“uwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!” jerit aku.
“sakitnya..huk3” aku menggosok-gosokkan punggung aku sendiri.
“aoutch....” aku bangun dengan perlahan sambil kaki aku terjungkit sedikit. Aku tengok sayap aku.
“Nasib tak patah” fikir aku sendirian. Aku mengebas-ngebas baju aku dengan tangan supaya kekotoran yang terhasil di pakaian yang cantik aku ni dapat dihapuskan dengan segera sebelum aku diketawakan oleh empat orang adik beradik aku yang nakal-nakal macam naga tu.
Kelepap! Kelepup! Keletak!keletuk! tong-tong! Satu persatu buah pear jatuh ke atas badan aku dan tiba-tiba berjuta-juta buah pear luruh ke atas tanah.
Sedihnya sudah jatuh terlanggar pokok pear jatuh ke tanah kena hempap pula dek buah pear.
“huk-huk-huk....uwaaaa!!!” jeritan gasolin hampir menggegarkan seluruh taman negara kayangan. Nasib baik buah pear jadi penebat suara gasolin. Kalau tidak mesti suara gasolin keluar sampai ke luar taman larangan negara kayangan. Sudah tentu di dengari oleh papa mutiara emas dan mama mutiara perak.
“mesti aku di ketawakan puas-puas oleh hud-hud (puteri kayangan merah), dyang (puteri kayangan hijau), sizukas (puteri kayangan unggu) dan haifai (puteri kayangan oren).....uwaaa!!! mesti katak DF yang miang tupun akan gelakkan aku sampai pecah-pecah perut dia” fikir gasolin sendirian. Terkial-kial gasolin menolak-nolak buah-buah yang jatuh di atas badannya.
“mana tongkat sakti kesayanganku?” soal gasolin dalam keadaan terkejut. Membulat matanya takut-takut nanti hilang pula tongkat sakti kesayangan pemberian toknde siput putih.
“mesti kena marah nanti, takpun mesti toknde siput putih rampas balik tongkat kesayangan aku. Mestilah aku tak dapat nak menolong orang lain yang dalam kesusahan” fikir gasolin sejenak. Dia keluar dari celah-celah buah pear yang jatuh bertaburan ke tanah tadi.
“ah!” membulat mata gasolin melihat pangkal tongkat saktinya di sebalik celah-celah buah pear itu.
“yaaaa....” gasolin menarik tongkat saktinya itu.
Dum dam!! Tergolek-golek gasolin jatuh ke bawah dan terlentang. Tongkat saktinya pula jatuh menghempap kepalanya.
“adui...” pening lalat di buatnya. Tiba-tiba sahaja muncul pari-pari kecil yang sedang menari-nari di kelilingnya. Tangan lembutnya mengusap-ngusap kepalanya yang masih pening-pening lalat itu. Dia mengesot sedikit ke batang pokok dan menyandar.
“aku kena kemas balik taman ni...kalau mama tahu mesti mama denda aku” gusar gasolin sendirian.
“hah! Aku kan ada tongkat sakti ni...apa masalahnya kan-kan-kan...” fikir gasolin lagi sambil tersengeh seperti kerang busuk dia mengangkat tongkat saktinya. Tongkat sakti itu di lap-lap sedikit dengan pangkal kain bajunya supaya nampak berkilat.
TING!!!! Dia menggunakan tongkat saktinya dengan memasang niat untuk menampakkan taman larangan itu kembali pulih seperti biasa.
“wah...asyiknya...semua buah pear yang jatuh tadi dah berada di atas pokok” membulat mata gasolin. Bersinar-sinar matanya melihat kejadian tadi. Teganga-ngaga mulut gasolin dibuatnya.
“arghhhh-huk hek –ceh! Lalat ni sesat ke!” secara tak sengaja seekor lalat masuk ke dalam mulut gasolin.
“hey lalat! Apa kes ko nak masuk ke dalam mulut aku hah?!” marah gasolin kepada lalat itu.
“sorry..aku tak sengaja” suara kecil itu menerpa telinga gasolin.
“sorry-sorry! Bleh naik lori la!” marah gasolin lagi. Lalat itu hampir dipijaknya.
“ampun!ampun! lain kali aku tak buat lagi” rayu lalat itu memohon supaya gasolin tidak memijaknya.
“baiklah” gasolin mengalihkan kakinya dari memijak lalat.
“kamu datang dari mana?” soal gasolin.
“aku datang dari hutan sebelah sana” jawab lalat sambil menunjukkan arah dari mana dia datang.